Struktur Korporat Baru

Heading

Heading

STRUKTUR KORPORAT BARU TAKAFUL IKHLAS BERHAD

Dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan, Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) telah menukar lesen takaful komposit tunggalnya kepada dua lesen yang berasingan untuk perniagaan takaful am dan perniagaan takaful keluarga.

Berkuatkuasa 30 November 2018, Takaful Ikhlas Berhad akan mengendalikan perniagaan takaful keluarga dan dikenali sebagai Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS Family). Lesen, aset dan tanggungan perniagaan takaful amnya telah dipindahkan ke sebuah syarikat yang baharu iaitu Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS General).

Strukutur baharu ini mencerminkan komitmen Takaful IKHLAS dalam memberikan perkhidmatan pelanggan yang lebih cekap.

Kesemua terma dan syarat sijil takaful yang dikeluarkan oleh Takaful IKHLAS akan dikekalkan serta lokasi-lokasi cawangan Takaful IKHLAS juga tidak berubah bagi memudahkan urusan para pelanggan.

Dengan perkembangan ini, kami berharap dapat membawa jenama IKHLAS kami ke tahap yang lebih tinggi dengan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berterusan daripada anda.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai struktur korporat baru kami, anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2723 9696 atau e-mel kepada kami di ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my  

Sila klik disini untuk melihat Soalan-Soalan Lazim (FAQ).

Heading

Heading