Rukun 2 : Kenali Pelanggan

Heading

Heading

RUKUN 2

KENALI PELANGGAN

Penerangan

Untuk memahami profil pelanggan dengan secukupnya yang membolehkan kami:

  • Mengetahui dan menjangkakan keperluan dan pilihan pelanggan.
  • Bertanyakan maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi memberi nasihat terbaik kepada pelanggan.
  • Menawarkan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian.

Hasil yang Dijangka

Membina Kepercayaan

NO.

KOMITMEN

TAHAP PERKHIDMATAN

2.1

Kami akan berusaha membantu pelanggan mendapatkan produk yang betul yang memenuhi keperluan mereka

  1. Kakitangan dan ejen yang berpengetahuan dan beretika bersedia bagi memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

  2. Kakitangan dan pihak pengantara dilatih dengan baik mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

  3. Dalam usaha memahami Keperluan Pelanggan, kakitangan jualan dan ejen kami komited bagi :
    • Mendengar dengan penuh perhatian kepada pelanggan.
    • Menyedari dan memahami keperluan dan pilihan pelanggan dengan baik.
    • Meminta maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi menasihati pelanggan dengan sewajarnya berpandukan Kod Amalan Industri Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
    • Menawarkan pilihan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pelanggan.
  4. Sebarang pilihan yang diberikan kepada pelanggan perlu diterangkan dan “dengan kebenaran”, seperti rider, berkongsi/menggunakan maklumat pelanggan untuk tujuan pemasaran dan penyelidikan.

Nota: Pengendalian maklumat pelanggan dikawal selia oleh Dokumen Polisi Bank Negara Malaysia mengenai Pengurusan Maklumat Pelanggan dan Pendedahan yang Dibenarkan dan pengendali insurans / takaful hendaklah beroperasi dengan sewajarnya.

Heading

Heading