Pengenalan

Heading

Heading

Di Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), pelanggan adalah keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Objektif kami adalah bagi menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan. Kami dipandu oleh satu set prinsip bagi membangunkan perniagaan dan mencapai misi kami. Kami percayakan integriti yang membuatkan kami kekal beretika dan profesional dalam semua urus niaga kami demi manfaat masyarakat secara keseluruhan. Kami komited dalam menghasilkan produk yang bernilai tambah dan perkhidmatan berkualiti melalui kakitangan yang cekap, rangkaian pengagihan yang berkesan dan penggunaan teknologi yang efisien yang menyokong pengurusan perniagaan yang cemerlang, serta inovasi dalam persekitaran yang kreatif, dinamik dan agresif. Perolehan perniagaan dipacu oleh pemahaman yang jelas terhadap keperluan pasaran dan pertumbuhan yang teratur.

Nilai Teras (IQRA) kami merangkumi seluruh organisasi. Prinsip-prinsip ini memandu kami supaya berjaya dalam perniagaan, dan membantu kami dengan baik ke masa depan dari operasi perniagaan seharian kepada pembangunan produk dan perkhidmatan pelanggan.

Dasar Berkualitikami adalah bagi mewujudkan Institusi Kewangan Islam yang dinamik dan progresif; dengan melibatkan semua kakitangan dalam mempertingkatkan semua aktiviti secara berterusan bagi memenuhi atau melampaui jangkaan para pelanggan.

Visi dan misi Syarikat sudah dipertimbangkan dengan teliti. Semua ini menjadi sia-sia sekiranya kita tidak menyokong dan memacu pencapaian visi dan misi dengan tingkah laku yang sesuai iaitu budaya yang betul. Dengan kerjasama semua, kita akan dapat mencapai tujuan ini melalui amalan Nilai Teras (IQRA).

Kami menganggap tadbir urus Syariah sebagai keutamaan yang paling penting dan strategik. Kami menggaji sepasukan ahli profesional yang berkelayakan bagi memastikan bimbingan dan nasihat yang diterima daripada Jawatankuasa Syariah dilaksanakan berdasarkan apa yang dinyatakan dan tujuannya. Struktur dan proses yang sesuai dilaksanakan bagi mengkaji tadbir urus keperluan Syariah secara berkala.

Kami percaya dalam membangunkan hubungan sepanjang hayat, dari memberikan pengalaman pelanggan yang sebaik mungkin, kepada menjaga masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat kami.

Inilah sebabnya kami sentiasa gigih mahu memudahkan anda. Jadi, ambillah langkah pertama ke arah kebebasan kewangan bersama kami hari ini.

Heading

Heading